~~~ Ain Sayang Mak ~~~

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
... 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayang Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
 
     p/s = Mak,Ain sayang mak......Walaupun Ain selalu lawan cakap mak,tp bila Ain nak beli tudung,Ain nak baju baru,Ain mintak kat mak jugak.....Ain xmalu kan mak???Walaupun kadang-kadang Ain wat xtw ja kat mak, sebab Ain xmw buat, Mak xpernah abaikan Ain......Ain jahat kan mak???Oke....Di sini,anakmu yang chumel ini,Puteri Nurul 'Ain Adil ingin memohon maaf kepada mak,Che Noriah Bt Mahmud......nak tunjuk gambar mak pn,Ain xdk.....apa2 pun,wajah mak tetap di ingatan Ain.......

♥ TERIMA KASIH SUDI SINGGAH | TINGGALKAN JEJAK ANDA ♥

No comments:

Post a Comment

This blog fully designed by ME.MY.I| Alright reserved by NURUL AIN